Skip to main content

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMA AL-ISLAHIAH AL-ISLAMIAH FELDA LUBUK MERBAU KE UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL – 18 September: UniSHAMS menerima kunjungan pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Agama Al-Islahiah Al-Islamiah Felda Lubuk Merbau dalam satu lawatan sambil belajar yang bertujuan memberi pendedahan berkenaan institusi pengajian tinggi kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. Sesi taklimat disampaikan oleh Pegawai Bahagian Pemasaran, Jaringan Industri dan Komuniti, Encik Muhamad Hanafi Bin Masri.

    Usai taklimat, rombongan dibawa ke Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif (KHSK) bagi menyertai aktiviti seni asas “cupcake decoration” yang dikendalikan oleh pensyarah Encik Azrul dan Encik Adie Effendi. Pelajar diberi kesempatan untuk membuat dekorasi “cupcake” mengikut kreativiti masing-masing. Seterusnya sesi akhir lawatan adalah ke perpustakaan UniSHAMS. Pelajar dan guru-guru diberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan