Skip to main content

SEMINAR KE ARAH MELESTARIKAN INSTITUSI PENGAJIAN PONDOK DI MALAYSIA

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL – 25 September: Institusi pengajian pondok merupakan sistem pengajian formal terawal di tanah Melayu. Ia diwujudkan bagi memenuhi tuntutan masyarakat Islam yang memerlukan bimbingan yang sempurna dan mendalam terutama hal yang berkaitan   dengan akidah dan ibadah. Bagi memperkasakan institusi pengajian pondok di Malaysia, Seminar Ke Arah Melestarikan Institusi Pengajian Pondok Di Malaysia telah diadakan di Dewan Eksperimen, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

    Majlis dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji IR. Paharolrazi Mohd Zawawi, Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah. Turut hadir Rektor UniSHAMS, Prof. Dato' Dr Mohd Fakhrudin Bin Abdul Mukti, pengurusan tinggi dan tuan-tuan guru pondok sekitar negeri Kedah. Peserta terdiri daripada warga UniSHAMS dan masyarakat setempat. Program ini adalah anjuran bersama UniSHAMS ,Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar,Malaysia, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK),GIPTIS dan Wakaf Quran,Malaysia.

    Seminar melibatkan 3 sesi, dimana 2 sesi pembentangan mengenai pengajian pondok yang disampaikan oleh Tuan Sheikh Zakaria Othman, CEO LNZK dan Dato’ Paduka Sheikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad, Mantan Mufti Negeri Kedah. Kemudian sesi akhir seminar diisi dengan forum bertemakan “Ke Arah Melestarikan Institusi Pengajian Pondok Di Malaysia”, yang dikendalikan oleh Ustaz Zubir Abdul Rahman beserta 3 ahli panel iaitu Prof. Dr. Md Amin Abdul Rahman Al-Jarumi, Tuan Guru Abdul Mutalib Maarof dan Tuan Guru Haji Zulkiflie Muhammad Suhaimie.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan