Skip to main content

PELAJAR UniSHAMS RAIH EMAS

| PRO UniSHAMS | Berita

    SHAH ALAM , 28 September 2018 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian pingat emas di Invention Innovation & Design Exposition 2018 (iidex2018) kepada Muhammad Ajri Roslan, Pelajar Diploma Kreatif Multimedia, Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif UniSHAMS.

    Beliau mempertahankan karya bertajuk 'Sakti Dua Darjat' yang dipertandingkan bersama karya-karya hebat lain yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada 24 hingga 28 September 2018. Pertandingan inovasi IIDEX2018 dalam kategori reka bentuk peringkat “young inventor/undergraduate” memberi peluang kepada mahasiswa untuk mempamerkan kebolehan dan idea-idea kreatif mereka dalam bidang multimedia dan seni kreatif.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan