Skip to main content

Perak buat UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    Bangi: 7 Oktober – Ucapan tahniah buat pasukan bola sepak UniSHAMS atas kejayaan dalam pertandingan Kejohanan Bola Sepak MASISWA 2018. Perlawanan akhir menyaksikan pasukan UniSHAMS dengan MIB di Stadium Mini Bola Sepak UNITEN bermula jam 4.00 petang. 

    Pertandingan yang berlangsung selama 7 hari bermula 1 oktober 2018 itu disertai 19 pasukan yang mewakili IPTS dari seluruh negara. Dengan jaringan 0 berbalas 2, pasukan UniSHAMS terpaksa akur kepada pasukan lawan dan berpuashati dengan pingat perak. Dalam pada itu, Amirul Firdaus Zulkifli, pemain bola pasukan UniSHAMS telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Kejohanan Bola Sepak MASISWA 2018. Kejayaan ini juga melayakkan pasukan bola UniSHAMS beraksi untuk kelayakan Liga Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan