Staf UniSHAMS Dinobat “Productivity Champion”
Anugerah “Productivity Champion‘ adalah salah satu inisiatif yang dibentangkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 (RMK-11). Inisiatif ini bertujuan untuk mengiktiraf individu yang telah menunjukkan komitmen dan bersedia untuk berkongsi pengalaman mereka dalam mempromosikan dan melaksanakan peningkatan produktiviti di peringkat kebangsaan, industri dan perusahaan.
Pada majlis itu, MPC telah memberikan Anugerah “Productivity Champion” bagi kategori “Productivity Practitioner” kepada Saudara Mohamad Fazali Bin Ghazali dari UniSHAMS iaitu individu yang melakukan atau melaksanakan inisiatif penambahbaikan dalam organisasi melalui pelbagai kaedah dan teknik produktiviti serta dapat membuktikan keberkesanannya atau kesan dari inisiatif tersebut.