Skip to main content

Lawatan Audit Penilaian Akreditasi Penuh Program Ijazah Sarjana Kaunseling

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL: 16 Oktober 2018 – UniSHAMS menerima kunjungan dari Lembaga Kaunselor Malaysia dan Audit Penilaian Akreditasi Penuh selama dua hari bermula 15 oktober 2018. Lawatan diadakan bagi Penilaian Akreditasi Penuh Program Ijazah Sarjana Kaunseling.

    Lima orang panel penilai yang hadir bagi lawatan tersebut ialah Prof Madya Dr. Wan Marzuki bin Wan Jaafar , Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkap Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia. Prof. Madya Dr. Fatimah Yusooff, Open University Malaysia (OUM). Dr. Puteri Hayati Megat Ahmad,Universiti Malaysia Sabah (UMS). Encik Juhari Jani , Pendaftar Lembaga Kaunselor Malaysia. Dan Encik Azmer Asraf Mohd Hussain, Pegawai Malaysian Qualifications Agency (MQA).

    Antara agenda lawatan ialah sesi temubual bersama staf akademik Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi, temubual bersama pelajar program Ijazah Sarjana Kaunseling, mesyuarat bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, lawatan bilik kebal, makmal kaunseling dan berakhir dengan sesi semakan dokumen.

     

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan