Skip to main content

PASUKAN KULLIYYAH HOSPITALITI DAN SENI KREATIF (KHSK), UNISHAMS MENANG 3 PERAK, 6 GANGSA DAN 7 DIPLOMA DI PERTANDINGAN BATTLE OF THE CHEFS 2018

| PRO UniSHAMS | Berita
     

    PULAU PINANG, 7 Oktober 2018 – Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif (KHSK) memperolehi 3 pingat perak dan 6 pingat gangsa dalam pertandingan Battle of the Chef 2018 (BOTC) di Setia Spice Arena, Pulau Pinang (SPICE). Selain itu, wakil UniSHAMS yang diketuai oleh Cik Atikahambar bt Yusni berkata, pasukan KHSK UniSHAMS turut memenangi anugerah 7 diploma dalam pertandingan yang berlangsung dari 5-7 Oktober 2018 itu.

    Pada tahun ini sebanyak 65 kategori pertandingan dipertandingkan dan melibatkan 1,500 penyertaan bukan sahaja dalam negara malah dari negara-negara Asia yang lain seperti Singapura, Korea, Thailand, Myanmar, Indonesia dan lain-lain. Pertandingan peringkat antarabangsa ini mendapat pengiktirafan oleh World Association of Chef Societies (WASC).

    KHSK diwakili enam orang pensyarah dan sebelas orang pelajar dari program Diploma Seni Kulinari. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian membanggakan bagi KHSK kerana berjaya mengondol 16 anugerah daripada 17 penyertaan. Ianya merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan apatah lagi kesemua peserta  hanya menjalani latihan kurang satu bulan. Antara resepi kejayaan pasukan BOTC UniSHAMS ialah usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa, disiplin serta komitmen yang tinggi semasa pertandingan.

    Kejayaan ini membuktikan bahawa program Diploma Seni Kulinari yang ditawarkan di UniSHAMS melalui pengajaran dan pembelajaran adalah mencapai kualiti dan “standard” yang sama taraf dengan institut pengajian tinggi lain di dalam dan luar negara.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan