UniSHAMS MENCATATKAN KEPUTUSAN MEMBANGGAKAN
JOHOR: 15 November 2018 - Kontinjen UniSHAMS mencatat pencapaian membanggakan dalam Karnival Amal Islami IPTIM 2018 peringkat ASIAN yang diadakan selama 4 hari bermula 12 November 2018 bertempat di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) & Pusat Islam Iskandar Johor.
Seramai 51 mahasiswa UniSHAMS mengambil bahagian dalam 27 acara yang dipertandingkan pada karnival kali ini. Kontinjen UniSHAMS berjaya menjadi Johan dalam 7 acara, Naib Johan dalam 3 acara dan 3 acara tempat Ketiga. Manakala secara keseluruhan, UniSHAMS telah berjaya mendapat tempat ketiga daripada 12 IPT yang bertanding.
Ketua kontinjen, Dr. Norazlina Zakaria berpendapat acara dwitahunan ini mampu melahirkan mahasiswa Islam yang berkualiti, berwawasan dan berkemahiran. “Selain ilmu yang diperolehi dalam kelas, penglibatan mahasiswa dalam aktiviti seperti ini memberi peluang untuk mereka menimba ilmu yang melibatkan “soft-skill”. Ini amat perlu supaya mereka mampu bersaing. Ia juga bertepatan dengan tema IPTIM kali ini iaitu “Mahasiswa Islam Mendepani Revolusi Industri 4.0”, katanya.
Diucapakan Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan semua peserta yang mewakili UniSHAMS kerana telah berjaya mengharumkan nama UniSHAMS.