Skip to main content

Mahasiswa UniSHAMS terpilih dalam Volunteer Leadership Development Programme (VLDP) & Alumni Strategic Retreat 2018 peringkat ASEAN.

| PRO UniSHAMS | Berita
    BANGI – Pihak pengurusan dan seluruh warga UniSHAMS melahirkan rasa bangga di atas pencapaian Mohamad Firdaus Bin Tajul Urus, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan yang telah terpilih menyertai “Volunteer Leadership Development Programme (VLDP) & Alumni Strategic Retreat” 2018 peringkat ASEAN.

    Seramai 200 alumni dari negara-negara ASEAN telah dipilih bagi menjalani latihan bertempat di Bangi Avenue Convention Centre bermula 12 sehingga 17 Disember 2018. Tujuan program  ini diadakan untuk mengenal pasti hala tuju strategik dan saluran perancangan dengan mengenal pasti status, cabaran, dan cara ke hadapan menjadi Pemimpin Muda ASEAN Global dalam semua bidang.

    Program dianjurkan oleh Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang ditubuhkan untuk melahirkan Ikon Pemimpin Sukarelawan Siswa Di Persada Dunia seiring hasrat kerajaan maenjadikan Malaysia sebagai hub sukarelawan serta mempromosikan keamanan dunia. Siswa akan didedahkan dengan kerja dan aktiviti secara “hands-on” yang akan memberikan impak tinggi selari dengan Lonjakan Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), PPPM 2015-2025 (PT).

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan