Skip to main content

KHSK Di Belakang Tabir Pembikinan Telemovie

| PRO UniSHAMS | Berita

    SIK - Mahasiswa Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif (KHSK) terlibat dengan aktiviti belakang tabir pembikinan telemovie untuk siaran RTM sempena Sambutan Maal Hijrah. Penggambaran dijalankan di Jungle Resort Sik Kedah dan beberapa tempat di negeri Kedah.

    Penggambaran telemovie terbitan Northern Corridor Promotions Sdn Bhd. yang bertajuk 'Khutbah Terakhir', telah dijalankan pada 20 hingga 31 Disember 2018 yang lalu.KHSK UniSHAMS telah dipelawa oleh syarikat penerbit untuk turut serta bagi membantu dalam bidang pengkhususan kulliyyah iaitu khidmat penyediaan sajian kepada pelakon dan krew serta membuat rakaman video promosi sepanjang rakaman.

    Menurut Penyelaras Unit Promosi, Jaringan Industri & Khidmat Komuniti KHSK, Encik Adie Effendi  “penglibatan mahasiswa melalui program 'externship' disepanjang rakaman telemovie ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang keadaan sebenar bekerja di industri terutamanya industri kreatif” katanya.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan