Skip to main content

REKTOR BAHARU UniSHAMS MULAKAN TUGAS HARI INI

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL- Prof. Dr. Shamsul Jamili Bin Yeob dilantik sebagai Rektor ke-5 Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam (UniSHAMS) yang berkuatkuasa pada 01 Februari 2019 lalu.

    Mantan Timbalan Rektor HEP & Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu memulakan tugasnya hari ini bagi menggantikan Prof. Dato’ Dr. Mohd Fakhruddin Abdul Mukti yang tamat perkhidmatannya pada November 2018 yang lalu.

    Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa Arab dan Literasi), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; Sarjana of Arts (Pengajian Bahasa Arab Moden),University of Leeds UK dan melanjutkan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Bahasa Arab, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

    Sebagai ahli akademik, beliau telah menghasilkan lebih dari dua puluh lapan penulisan dalam bentuk artikel, jurnal dan buku. Beliau juga berpengalaman luas dalam pentadbiran universiti dan telah memegang beberapa jawatan penting di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) antaranya seperti Dekan Pusat Asasi, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa, Dekan Kemasukan dan Rekod dan lain-lain lagi.

    Selain itu, beliau juga merupakan ahli panel Agensi Kelayakan Malaysia untuk program bahasa arab, ahli dalam Liga Kesusasteraan Islam Antarabangsa Malaysia, pernah menjadi ahli jawatankuasa “Asean Islamic Universities Association”, Ahli Gilir Tetap Penasihat Akademik Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia,dan pernah menjadi Ahli Lembaga Penasihat Akademi Darul Qur’an, JAKIM, dan sebagainya.

    Majlis ringkas mengalukan kedatangan serta upacara serah tugas oleh Pemangku Rektor, Prof. Dr. Md Amin Bin Abdul Rahman Al-Jarumi telah diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori. Majlis bersejarah tersebut dihadiri pengurusan tertinggi , ketua jabatan , kakitangan dan wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan