Skip to main content

LAWATAN AKADEMIK PUSAT BAHASA UnISHAMS KE UNIVERSITI BRUNEI

| PRO UniSHAMS | Berita

    BRUNEI: 23 Januari 2019 - Pusat Bahasa UniSHAMS mengadakan lawatan akademik bertempat di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) untuk berkongsi pengalaman dan pandangan bagi melihat infrastruktur pembelajaran dan pengajaran di institusi pengajian tinggi peringkat antarabangsa yang melibatkan pengajian bahasa.

    Dengan perkongsian maklumat mengenai fakulti Bahasa dan Budaya, ianya telah meningkatkan kesedaran tentang besarnya peranan yang dimainkan oleh Fakulti Bahasa di mana-mana institusi pengajian tinggi.

    Menurut Pengarah Pusat Bahasa, Puan Norlaila Saadan, lawatan seperti ini memberi manfaat kepada pensyarah dengan perkongsian kedua-dua universiti dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka dalam masa terdekat.” Kami disambut oleh wakil UNISSA Dr. Adam bin Haji Lait dan Dr. Yabit bin Alas, Pengarah Pusat Bahasa UNISSA. Manakala sesi lawatan di UBD majlis dirasmikan oleh Hajah Suciyati binti Haji Sulaiman, Timbalan pengarah. Irmawati Ahmad, Timbalan Pengarah, Pejabat Hubungan Antarabangsa selaku penyampai taklimat berkaitan selok-belok pengurusan di fakulti”, katanya.

     

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan