Skip to main content

PROGRAM KLINIK AL-FATIHAH

| PRO UniSHAMS | Berita

    PADANG SERAI: 13 Februari 2019 - Pusat Pengajian Asasi dengan penglibatan Pelajar Asasi Pengajian Islam Sesi 2018/DIS (1) telah menganjurkan program "Klinik Al-Fatihah" yang dikelolakan oleh Ustazah Fadlina Binti Mat Dali pensyarah Pusat Pengajian Asasi, UniSHAMS.

    Program bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Lela Pahlawan (SMKDLP) dan sasarannya adalah Pelajar Tingkatan 4 seramai 100 orang. Para pelajar kesemuanya diselia oleh 28 orang fasilitator dan telah dibahagikan kepada 3 kumpulan besar ketika slot tashih dijalankan. Para pentashih terdiri daripada pensyarah Pusat Pengajian Asasi, UniSHAMS iaitu Ustazah Nur Fadlina Binti Mat Dali, Ustazah Hajar Binti Ahmad Bustaman dan Ustazah Wan Murshila Binti Zulkurnain.

    Program ini telah mendapat kelulusan daripada pihak UniSHAMS dan dengan kerjasama SMKDLP, Jabatan Pendidikan Negeri(JPN), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Objektif program ini diadakan untuk memperbaiki bacaan Al-Fatihah dengan tajwid yang betul dan makhraj yang lebih tepat dalam kalangan pelajar. Disamping itu, pelaksanaan program ini adalah bertujuan memberi pendedahan bahawa pentingnya hukum tajwid yang terdapat dalam Al-Quran sejurus mengharumkan nama UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan