KOKURIKULUM KEPIMPINAN TAHAP II: Projek Luar Kampus, Ke Arah Kepimpinan Berkualiti
PULAU PANGKOR – Seramai 92 pelajar Kursus Kokurikulum Kepimpinan Tahap 2 dibawah bimbingan Encik Muhammad Ami Ruzaini Bin Abdullah terdiri daripada pelajar diploma dan ijazah telah menyertai Kem Kualiti Kepimpinan selama 4 hari 3 malam yang betempat di Raudhah Camp, Pulau Pangkor.
Projek Luar Kampus (PLK) merupakan aktiviti wajib pelajar yang mengambil kursus kokurikulum dibawah pengendalian pelajar sendiri. Ia memberi ruang kepada pelajar mengadakan interaksi komuniti, budaya dan intelek dalam usaha merealisasikan integrasi nasional dan mahasiswa Universiti yang mempunyai jati diri dan nilai kasih sayang sejagat.
Kem yang berlangsung pada 31 Januari 2019 hingga 03 Februari 2019 ini telah mendapat maklum balas yang sangat positif dari pelajar berdasarkan pengisian yang berteraskan kepimpinan profesional. Antara pengisiannya adalah Bengkel Pembangunan Pemikiran Kreatif dan Kritis yang disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Aminur Shafiq Bin Mohamad Abduh (Pegawai Tadbir Sekolah Agama Daris), Simulasi Keberkesanan Dan Kemahiran Mendepani Cabaran, Bengkel Kemahiran Perancangan Dan Pengurusan Strategik yang disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd Shahrizan Bin Mohamed Yatim ,Eksekutif Syariah Bank Rakyat dan Bengkel Imej Kepimpinan yang disampaikan oleh Tuan Mohamad Aiman Bin Amir, Perunding Imej Bertauliah/ Pengasas Aiman Psikologis.
Turut hadir ialah Encik Nor Azlan Bin Ismail selaku pegawai dari Pusat Kokurikulum UniSHAMS yang mewakili Puan Pengarah Pusat Kokurikulum , Puan Rafidah Binti Abd Rahman.