Skip to main content

PASUKAN KHSK, UNISHAMS MERANGKUL 32 ANUGERAH DI PERTANDINGAN 6TH PENANG INTERNATIONAL HALAL CHEFS CHALLENGES 2019

| PRO UniSHAMS | Berita

    PULAU PINANG: 5 Mac 2019 – Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif (KHSK) memperolehi 9 pingat perak dan 13 pingat gangsa dalam pertandingan 6th Penang International Halal Chefs Challenges 2019 (HALAL CHEFS) di Setia Spice Arena, Pulau Pinang (SPICE). Selain itu, wakil UniSHAMS yang diketuai oleh Cik Atikahambar Yusni dan Puan Marini Md Isa berkata, pasukan KHSK UniSHAMS turut memenangi anugerah 10 diploma dalam pertandingan yang berlangsung dari 1-3 Mac 2019 itu.

    Kejayaan ini merupakan satu pencapaian membanggakan bagi KHSK kerana berjaya mengondol 32 anugerah daripada 35 penyertaan. Ianya merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan apatah lagi  kesemua peserta  hanya mendapat latihan tidak sampai sebulan. Antara resepi kejayaan pasukan HALAL CHEFS UniSHAMS, usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa, disiplin dan komitmen yang tinggi serta fokus semasa pertandingan.

    Pertandingan peringkat antarabangsa ini dianjurkan oleh Halal Penang dengan kerjasama Persatuan Chef Pulau Pinang-Malaysia dan mendapat  pengiktirafan oleh World Association of Chef Societies (WASC). Acara ini menghimpunkan peserta dari pelajar dan profesional dalam industri perhotelan, pelancongan dan industri kulinari yang akan menunjukkan kemahiran kulinari, gastronomi dan artistik mereka kepada panel hakim terkenal di peringkat antarabangsa.

    KHSK diwakili dua orang pensyarah dan tiga puluh satu  orang pelajar dari program Diploma Seni Kulinari. Pingat perak dimenangi oleh  dua orang pensyarah dan tujuh orang pelajar iaitu Puan Marini  Md Isa, Cik Atikahambar Yusni, saudari Izzatul Athiroh Ismail, saudari  Nor Anis Shazleen, saudari Nur Athirah Mat Robi  dan saudari Nur Aina Afifah Shamsuri di dalam Kategori Modern Malaysian Cuisine-Team Of 3 Chefs. Manakala pingat perak juga diraih oleh saudara Muhammad Nur Iman Shamshulsakri, saudari Nur Syafinas Izman dan Saudari Nur Atiqah Binti Ismail bagi Kategori Traditional Malay Cuisine -Hidang Sekeluarga Team of 3 Chefs.

    Pingat gangsa diraih oleh  saudara Ahmad Qawwim Khairi Hamidi, Muhammad Aiman Nabil  Muhammad Lutfi dan  Nur Afiq Aiman  Azhar (Kategori Modern Malaysian Cuisine-Team Of 3 Chefs), saudari Arifah Jamaludin, Hanis Afifah  Mohammad Zaki  dan  saudara Muhammad Aiman Khairon  Anuar (Kategori Traditional Malay Cuisine -Hidang Sekeluarga Team of 3 Chefs). Manakala  bagi Kategori Modern Nasi Lemak  telah dirangkul  oleh saudara Muhammad Baihaqi Zainuddin, saudari Nurdayana Nadhira Shamsulakmal dan Nur Mas Iliana Abdul Rahim. Saudara Muhammad Syafie Bin Jee Rosly dan Muhammad Zawawi Mohd Latiff bagi Kategori Mee Goreng Challenge(Showmanship). Selain itu pingat gangsa telah dianugerahakan kepada saudara Firas Mubasyir Marzuki (Kategori Main Course I (Fish/Seafood, Either Alone Or As Combination) dan saudara Hanafi Abdul Satar (Kategori Main Course III (Lamb).

    Selain itu, Diploma telah dianugerahkan kepada saudari Nurul Husna Ramli, Nuralya Hannani Harun dan  saudara Badrul Hakimi Jamil (Kategori Traditional Malay Cuisine -Hidang Sekeluarga Team of 3 Chefs),saudari Izzatul Athiroh Ismail (Kategori  Laksa Malaysia), saudara Hanafi Abdul Satar (Kategori King Of Tom Yum), saudari Nur Amni Jalilah Luthfi (Kategori  Main Course IV (Chicken) dan saudara Eimran Ismail (Kategori Main Course I (Fish/Seafood, Either Alone Or As Combination . Manakala bagi kategori Main Course II(Beef) dirangkul oleh saudari Nurul Faaiqa Binti Rodzelan dan Muhammad Muaz Bin Mohsin.

    Kejayaan ini membuktikan bahawa program Diploma Seni Kulinari yang ditawarkan di UniSHAMS melalui pengajaran dan pembelajaran adalah mencapai kualiti dan standard yang sama taraf dengan institut pengajian tinggi lain di dalam Malaysia dan luar negara.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan