Skip to main content

REHLAH MENJEJAK PERABADAN ISLAM DI ERA MODEN

| PRO UniSHAMS | Berita

    MELAKA – Kelab Seni Kaligrafi Khat Tahap II dengan kerjasama Pusat Kokurikulum, UniSHAMS telah menganjurkan program “Rehlah Menjejak Perabadan Islam Di Era Moden”. Program berlangsung pada 1 sehingga 2 Februari 2019 merupakan Projek Luar Kampus (PLK) bagi pelajar yang mengambil kursus kokurikulum.

    Seni Khat merupakan salah satu daripada kesenian Islam yang halus dan indah serta mempunyai kedudukan yang istimewa oleh umat Islam. Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan dan keharmonian. Ia juga merupakan satu ilmu yang mempunyai asas dan kaedah yang tepat.

    Pendekatan yang digunakan dalam pengajaran seni khat adalah seperti memberi motivasi, kata-kata pujian, lawatan, pertandingan dan yang paling utama adalah memperbanyakkan latihan. Justeru itu, satu lawatan ke Yayasan Restu Shah Alam, Muzium dan Galeri Kesenian Bank Negara, bagi aktiviti komuniti dijalankan di Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah, Melaka. Ia memberi ruang kepada pelajar berinteraksi dalam komuniti, budaya dan intelek dalam usaha untuk merealisasikan integrasi nasional dan memupuk mahasiswa universiti yang mempunyai jati diri dan nilai kasih sayang sejagat.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan