Skip to main content

SEMINAR PENGURUSAN EMOSI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL: 19 Mac 2019 - UniSHAMS dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN), Persatuan Syar’ie Malaysia (PAKSI) dan Persatuan Kaunseling Pendidikan Malaysia (PEKA) telah menganjurkan program Seminar Pengurusan Emosi Menurut Perspektif Islam bertempat di Dewan Eksperimen, UniSHAMS.

    Program dihadiri seramai 200 orang peserta yang terdiri dari kalangan kaunselor sekolah seluruh negeri Kedah, penjawat awam dan swasta, pelajar institusi pengajian tinggi serta pelajar dan staf UniSHAMS. Objektif program adalah untuk meningkatkan kompetensi pengawalan emosi dan kemahiran dalam menghadapi tekanan yang dialami menurut perspektif islam dan membantu kaunselor sekolah mewujudkan persekitaran yang lebih positif di sekolah dan mengatasi tekanan dalam perhubungan dengan pelajar melalui kemahiran komunikasi yang tinggi.

    Menurut pihak penganjur, program ini juga dapat mempromosikan kemasukan pelajar bagi program asasi terutamanya melalui skim derma siswa negeri Kedah dan program-program UniSHAMS amnya.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan