Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL: 7 Mei 2019 – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menyerahkan zakat korporat berjumlah RM 10,000.00 bagi tahun 2019 kepada Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

    Cek zakat berkenaan telah diserahkan oleh Encik Ahmad Fauzi, “head of regional manager” kepada Prof. Dr. Shamsul Jamili Bin Yeob, Rektor UniSHAMS. Turut hadir bersama menyaksikan majlis penyerahan cek ialah 4 pegawai BIMB serta beberapa orang pegawai dan kakitangan UniSHAMS. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan