Skip to main content

PERKIM UniSHAMS TERIMA ANUGERAH EMAS

| PRO UniSHAMS | Berita

    BANGI: 10 Mei 2019 – Tahniah buat Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Universiti, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) di atas Penerimaan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan keahlian peringkat emas.

    Anugerah disampiakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Hotel Tenera, Bangi Selangor. Dalam majlis tersebut, tiga kategori anugerah diumumkan iaitu Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Aktiviti, Pengurusan Keahlian dan Anugerah Aktivis Cemerlang. Kelab PERKIM UniSHAMS menerima anugerah emas setelah penilaian dilakukan melihat kepada aspek kecekapan aktiviti promosi tambah ahli dan pengurusan data serta pendaftaran ahli yang dihantar kepada pejabat PERKIM Kebangsaan.

    Penasihat kelab, Dr. Norazlina ketika dihubungi melahirkan kesyukuran. “Walaupun baru berusia setahun lebih sejak ditubuhkan pada Januari 2018 yang lalu, anugerah ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan memberi motivasi serta inspirasi untuk kami bergerak dengan lebih aktif” katanya.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan