Skip to main content

WACANA UniSHAMS BERSAMA ALUMNI: SATU PERKONGSIAN

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL: 29 Ogos 2019 – Persatuan Alumni INSANIAH telah menganjurkan program “Wacana UniSHAMS Bersama Alumni: Satu Perkongsian” bertempat di Dewan Eksperimental, UniSHAMS.

    Program telah dijayakan oleh enam orang ahli panel yang terdiri daripada Alumni INSANIAH, Kolej Universiti INSANIAH dan UniSHAMS iaitu Dr. Syed Sultan Bee Binti Packeer Mohamed, graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah (1998) yang kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Utara Malaysia, Dato’ Ustaz Sharhan Bin Shafie, graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (2003) Pengamal Perubatan Islam dan Personaliti TV, Yang Berhormat Ustaz Salim bin Mahmood Al-Hafiz graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (2005) dan Ijazah Sarjana Usuluddin (2016) merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Ustazah Syahrul Haninah Binti Mohd Salleh, graduan Diploma Tahfiz Wal Qiraat (2007) dan Ijazah Sarjana Pengajian Al-Quran (2015) yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Smart Triple IQ Sdn Bhd, En. Mohd Hafis Mahadzir, graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, bertugas sebagai Elite Life Planner / Perunding AIA Takaful dan Cik. Azzratul Auri Binti Azir, graduan Diploma Seni Kulinari (2018) yang kini bertugas sebagai Commis 1 di Aloft Langkawi Hotel.

    Para ahli panel telah berkongsi pengalaman semasa berada di alam kampus, teknik pembelajaran, tips-tips persediaan menghadapi temuduga, bagaimana menceburi alam pekerjaan dan turut memberikan nasihat serta pengajaran kepada para peserta yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi semester akhir bagi setiap program. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Dr. Rohani binti Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan