Skip to main content

ISTIADAT KONVOKESYEN KE 21 UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
     

    KUALA KETIL – Seramai 1212 graduan telah berjaya menamatkan sesi pengajian pada Istiadat Konvokesyen Ke 21 Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS). Mereka terdiri daripada 5 graduan Doktor Falsafah, 65 graduan Sarjana, 24 graduan Diploma Pascasiswazah, 501 graduan Sarjana Muda dan 97 graduan Diploma, 304 graduan Asasi, serta 216 graduan program kerjasama UniSHAMS – KIAS dan KUIPSAS.

    Sejak dinaik taraf sebagai sebuah Universiti penuh pada 8 Februari 2018 lalu, UniSHAMS telah bergerak dengan proaktif untuk mencapai halatuju UniSHAMS sebagai sebuah Universiti Islam yang unik, beridentiti sendiri dan berdaya saing, mempunyai sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi, berkebajikan, kelestarian institusi, keharmonian komuniti serta memasyarakatkan universiti.

    Istiadat konvokesyen yang diadakan pada 22 & 23 September 2019 bertempat di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Canselor UniSHAMS serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff hadir mencemar duli ke Istiadat Konvokesyen UniSHAMS ke-21.

    Pada istiadat kali ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Canselor UniSHAMS telah perkenan untuk menganugerahkan anugerah Jaizah Imtiyaz Tuanku Canselor kepada saudara Mohamad Omar Bin Mansu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian. Jaizah Tetinggi UniSHAMS ini dianugerahkan kepada graduan cemerlang yang mencapai Ijazah Kelas Pertama dalam bidang akademik dan bergiat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti pelajar. Pelajar turut menerima sijil, plak dan wang tunai berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Ribu Ringgit (RM 3000) tajaan Affin Islamic Bank Berhad. Tahniah sekali lagi kepada semua graduan UniSHAMS yang telah berjaya menamatkan pengajian di UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan