NAIB JOHAN DAN TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN PETAH BICARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 KATEGORI ANTARABANGSA
JITRA - Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu masih belum selesai. Justeru, UniSHAMS tidak melepaskan peluang menyertai Pertandingan Petah Bicara Peringkat Kebangsaan 2019 Kategori Antarabangsa anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) Darulaman dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara pada 9 Oktober 2019.
Pegawai Pengiring, Puan Hadijah Johari berkata, penyertaan kali pertama telah membuahkan hasil dengan saudara Mr. Hasan Hayeemasa dinobatkan sebagai Naib Juara manakala saudara Mr. Hakim Dueramae mendapat tempat ketiga. Program bermula seawal 8.30 pagi hingga 5.30 petang turut disertai 11 orang pelajar tempatan yang mewakili IPG di Malaysia. Diharap melalui program ini pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri, memantapkan kemahiran menggunakan bahasa Melayu dan memupuk bakat kepimpinan serta meningkatkan kompentensi pelajar katanya.