SEMINAR ISU KENEGARAAN DAN HUBUNGAN ETNIK 2018
KUALA KETIL – Dunia akademik tidak dapat dipisahkan dengan gerak kerja penyelidikan dan pembentangan maka atas keprihatianan tersebut buat julung kalinya Pelajar Kursus MPU3113 Hubungan Etnik sesi 2019/Jun Pusat Pengajian Umum (PPU) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah berkolaborasi dengan Kumpulan Niche : Sains & Teknologi (Information System & Innovation Learning – ISIL) dalam penganjuran Seminar Pengajaran Dan Penyelidikan Mata Pelajaran Umum (MPU) pada 7 Oktober 2019 yang lalu.
Pengarah Program, Puan Hadijah Johari berkata, program bertemakan “Memperkasa Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEP’S)” melibatkan seramai 100 orang pelajar Hubungan Etnik UniSHAMS. Program bermula seawal 8:30 pagi hingga 1:00 petang dengan 14 slot pembentangan kertas kerja. Antara tajuk yang dibentangkan ialah Pembangunan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Melalui Inovasi Pengajaran dan Penyelidikan oleh Puan ‘Adlina Abdul Khalil, Kajian Tinjauan Hihg Impact Educational Practices (HIEP’s) dalam kursus Hubungan Etnik oleh Puan Hadijah Johari dan Metodologi Penyelidikan : Kajian Tinjauan Tahap Kesiapsiagaan Mahasiswa UniSHAMS terhadap Revolusi Industri IR.40 dan diakhiri dengan 11 pembentangan kertas kerja oleh pelajar kursus Hubungan Etnik. Program berlangsung dengan jayanya dan dicadangkan untuk disambung dengan siri 2.0 katanya.