Skip to main content

TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM RUKUN NEGARA 2019

| PRO UniSHAMS | Berita

    KULIM- Perjuangan membangkitkan jati diri kebangsaan ke arah mewujudkan warganegara yang bertanggungjawab masih belum tamat. Justeru, UniSHAMS tidak melepaskan peluang menyertai PertandinganPertandingan Pengucapan Awam Rukun Negara 2019 anjuran Universiti Kuala Lumpur (Malaysia Spanish Institut) pada 7 September 2019 yang lalu.

    Pegawai Pengiring, Puan Hadijah Johari berkata, penyertaan kali pertama telah membuahkan hasil dengan saudara Akmal Danial Hasim pelajar Asasi Pengajian Islam telah mendapat tempat ketiga daripada 14 orang peserta. Program bermula seawal 8:30 pagi hingga 5:30 petang. Diharap melalui program ini pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri berpidato serta meningkatkan kompentensi pelajar katanya.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan