Skip to main content

SUPTIM 2019

| PRO UniSHAMS | Berita

    MELAKA – Kontinjen mahasiswa/wi UniSHAMS telah menyertai temasya Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) 2019 pada 11 November 2019 sehingga 15 November 2019 bertempat di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

    Kontinjen UniSHAMS terdiri dari 95 orang atlet dan pegawai telah menyertai 7 acara iaitu bola sepak, netball, volleyball, takraw, badminton, ping pong dan e-sport dalam kejohanan sukan tahunan yang menghimpunkan atlit dari kalangan mahasiswa/wi  Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia. Kontinjen UniSHAMS berjaya meraih 4 pingat dari 1 emas, 1 perak dan 2 gangsa.

    UniSHAMS telah diberi penghormatan apabila menerima bendera kejohanan sebagai tuan rumah untuk edisi SUPTIM seterusnya yang dijangka berlangsung pada tahun 2021. Timbalan Naib Canselor HEPA, Dr Rohani Binti Desa hadir pada majlis penutup untuk menerima bendera dan memberi kata-kata semangat pada semua semua yang memberi sumbangan pada kejohanan kali ini.

    Tahniah kepada para atlit Unit Sukan, Bahagian HEP atas segala usaha yang dilakukan demi memartabatkan nama unishams di persada sukan IPT Islam Malaysia.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan