KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN SABAH
| PRO UniSHAMS | Berita
KUALA KETIL – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Yayasan Sabah pada 15 Disember 2019. Delegasi Yayasan Sabah telah diketuai oleh Puan Zaridah Hussain, Pengurus Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur, Ustaz Sabli Aliju, Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Sabah, En. Roslan Khairuddin, Pegawai Hal Ehwal Pelajar Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur dan Cik Siti Halijah Ismail, Pegawai Tadbir & Kewangan Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur.
Kunjungan hormat ini antaranya bertujuan untuk membincangkan cadangan kerjasama dan kolaborasi strategik di antara pihak Yayasan Sabah dan UniSHAMS khususnya, dalam membantu golongan pelajar cemerlang luar bandar Sabah, terutamanya mereka dari kumpulan B40 untuk meneruskan pengajian di UniSHAMS.
Yang Berbahagia Prof. Dr Shamsul Jamili bin Yeob, Naib Canselor UniSHAMS dan Ahli Pengurusan Eksekutif UniSHAMS turut mengiringan sesi lawatan bersama delegasi Yayasan Sabah ke Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan bagi melihat dengan lebih dekat kemudahan-kemudahan pengajian dan pembelajaran serta peralatan yang disediakan untuk pengajian program Ijazah Sarjana Perubatan & Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS).