Skip to main content

KUNJUNGAN IAIN BENGKULU, INDONESIA

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan balas dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Bengkulu, Indonesia pada 22 Disember 2019. Delegasi IAIN Bengkulu telah diketuai oleh Dr. Mohammad Dahlan, Wakil Rektor 2, Dr. Zubaedi, M.Pd, Dekan Fakultas Tarbiyah & Tadris, Dr. Suhirman, M.Pd, Dekan Fakultas Ushuluddin, Adab & Dakwah, Dr. Imam Mahdi, Dekan Fakultas Syariah, Dr. Asnani, Dekan Fakultas Ekonomi & Perbankan Islam, Dr. Aan Supian, Kepala Lembaga Penjaminan Mutu dan Dr. H. M. Nasron, Direktur Ma’had Al Jamiah.

                    Kunjungan balas ini adalah lanjutan dari majlis menandatangani  MoU di antaran kedua belah pihak pada November 2019 yang lalu dan di antaranya bertujuan untuk membincangkan cadangan kerjasama dan kolaborasi strategik di antara pihak IAIN Bengkulu dan UniSHAMS khususnya, dalam bidang akademik seperti penulisan dan penerbitan jurnal, penganjuran seminar, program mobiliti pelajar dan tenaga pengajar.

                    Yang Berbahagia Dr Rohani binti Desa, Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni UniSHAMS yang mewakili Naib Canselor UniSHAMS telah mempengerusikan sesi perbincangan. Turut hadir adalah Pengarah Pusat Pengajian Sepanjang Hayat & Antarabangsa, Ustaz Mat Rani bin Abdul Manaf, Pengarah Pengurusan Siswazah & Penyelidikan, Dr Mukhamad Hadi Musolin Subargio, Pengarah Pusat Pengajian & Penyelidikan Kewangan Islam (CIFER) En. Masri Azrul bin Nayan serta wakil-wakil Kulliyyah dan Pusat.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan