Skip to main content

PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA KILAT KEPADA PELAJAR UNISHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL – Warga UniSHAMS telah membuat kuitpan sumbangan derma kilat kepada Muhammad Munsif bin Yusof, Pelajar Semester Akhir, Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Kulliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran yang juga merupakan anak kepada bekas kakitangan UniSHAMS Puan Khayati Binti Ibrahim.

    Beliau telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4 oleh pakar perubatan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah BHEP, Encik Muhamad Zahir bin Othman pada 23 Disember 2019. Seluruh warga UniSHAMS mendoakan agar saudara Munsif dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang terbaik dan semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan beliau kelak.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan