Skip to main content

PROGRAM SANTAI BULANAN WARGA KERJA UNISHAMS SIRI JANUARI 2020

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL – Program “Santai Bulanan Warga Kerja UniSHAMS” anjuran Jabatan Pendaftar UniSHAMS telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Januari 2020. Program julung kalinya diadakan ini telah diadakan di Lobi Utama, Bangunan Canselori UniSHAMS bermula jam 3:30 petang.

    Program bulanan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan dan memperkasakan hubungan silaturrahim serta memupuk budaya kerja cergas dan sihat di kalangan warga UniSHAMS. Satu sesi perbentangan berkaitan pelan strategik dan hala tuju UniSHAMS telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr.Shamsul Jamili Bin Yoeb, Naib Canselor UniSHAMS.

    Majlis turut disusuli dengan aktiviti senamrobik, sesi soal jawab bersama pihak Pengurusan Tertinggi UniSHAMS dan tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Ustaz Zubair bin Abdul Rahman, Pengarah Pusat Pelajar Antarabangsa (ISC).

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan