MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH MPM BAGI SESI 2019/2020
Seramai 3,574 orang mahasiswa/wi UniSHAMS telah keluar untuk membuang undi pada Pilihanraya Kampus (PRK) yang telah diadakan pada 15 Januari 2020. Keputusan PRK kali ini telah menyaksikan seramai 23 anggota Exco MPM bagi sesi 2019/2020 telah dipilih. Presiden baru MPM UniSHAMS, iaitu saudara Ahmad Syawqi bin Mohamad Peada @ Mohammed telah melafazkan ikrar di hadapan Naib Canselor UniSHAMS dan disaksikan oleh Ahli Pengurusan Tertinggi UniSHAMS dan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Warga UniSHAMS menaruh keyakinan terhadap keupayaan barisan kepimpinan MPM yang baru dilantik untuk terus memartabatkan suara mahasiswa melalui amalan demokrasi yang bersih, cekap dan amanah, serta terus mengharumkan nama UniSHAMS di persada industri pendidikan tinggi negara. Selain itu, MPM juga diharapkan dapat menjadi perantara yang berkesan di anatara pihak pelajar dan pengurusan UniSHAMS serta memainkan peranan sebaiknya dengan meningkatkan kemahiran insaniah yang tinggi.