KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN MUFTI UGANDA KE UniSHAMS
Pertemuan dua hala ini menjurus kepada usaha untuk membina jaringan kerjasama di antara House of Zakat and Waqf Uganda dan UniSHAMS. Timbalan Mufti Uganda, sempat berkongsi secara ringkas berkaitan latarbelakang serta perkembangan dan cabaran yang dihadapi berkaitan pembangunan zakat dan wakaf di Uganda. Perbincangan berkenaan usaha sama akademik dan potensi terhadap penempatan pelajar di UniSHAMS, di bawah tajaan House of Zakat and Waqf Uganda turut dizahirkan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor UniSHAMS.
Turut hadir pada majlis minum petang adalah Dr Rohani binti Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Haji Mohd Fahmi bin Sheikh Omar, Pendaftar UniSHAMS, Haji Izer bin Ismail, Bendahari UniSHAMS, Encik Masri Azrul bin Nayan, Pengarah CIFER dan Dr.Yusuf bin Haji Othman, Pensyarah Kanan CIFER. Delegasi ini akan berada di Malaysia bagi mengikuti siri program bersama pihak LZNK.