Skip to main content

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UniSHAMS & HOWZU

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL - Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) DI antara Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) DAN House Of Zakat And Waqf Uganda (HOZWU) telah diadakan pada 6 Februari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori UniSHAMS.

    Pemeterian jalinan dua hala ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kerjasama dalam bidang akademik, terutamanya dalam usaha menjayakan penempatan pelajar dan promosi UniSHAMS.

    Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Shamsul Jamili bin Yeob, Naib Canselor dan Yang Berbahagia Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol, menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa mewakili UniSHAMS. Manakala wakil di pihak HOZWU adalah Yang Berbahagia Syeikh Mahmood Kibaate, CEO Zakat Uganda merangkap Timbalan Mufti Uganda dan Yang Berbahagia Dr Ibrahim Matovo, Ahli Lembaga Pengarah Zakat Uganda.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan