Skip to main content

KURSUS PEMANTAPAN JATI DIRI & ORGANISASI

| PRO UniSHAMS | Berita

    JITRA – Kursus Pemantapan Jati Diri dan Organisasi anjuran Pusat Bahasa, UniSHAMS telah berlangsung pada 13 Februari 2020 bertempat di Tasik Darulaman, Jitra Kedah.

    Kursus ini melibatkan 19 orang kakitangan akademik dan pentadbiran Pusat Bahasa UniSHAMS. Objektif kursus adalah untuk memupuk semangat kekitaan dan kerjasama dalam berpasukan. Selain itu, kursus ini juga bertujuan bagi meningkatkan motivasi dan hasil kerja yang bermutu serta berkualiti tinggi, menambahkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan organisasi dan merancang plan pembangunan Pusat Bahasa UniSHAMS untuk jangka masa tertentu.

    Pengisian modul yang bermanfaat serta penuh maklumat telah disediakan kepada peserta bagi mendapatkan ‘outcome’ yang berkesan untuk dimanfaatkan sebaiknya sepanjang tempoh perkhidmatan kakitangan Pusat Bahasa dan UniSHAMS khususnya.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan