Skip to main content

PROGRAM QSR BRANDS PRIHATIN MUSAADAH COVID 19

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL: 20 April 2020 – Mahasiswa/wi Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menerima sumbangan hidangan KFC Snack Plate sempena program QSR Brands Prihatin Musaadah Covid 19 yang telah diadakan di Bilik Gerakan Kesiapsiagaan Risiko COVID-19 UniSHAMS.
     

    Program ini dijayakan dengan kerjasama QSR Brands, Telekom Malaysia (TM) Berhad, Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR).

    Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh  Encik Mohd Muhaimin Abu Bakar, Encik Mohd Firdaus Mohd Faisol dan En Mohd Yusri Zezali Mohd Ibrahim, wakil KFC cawangan Kuala Ketil, Bandar Puteri Jaya dan Padang Serai serta Tuan Syeikh Haji Zakaria Bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK. Sumbangan telah disampaikan kepada Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Dr Shamsul Jamili Yeob.

    Kira-kira 580 kotak hidangan KFC Snack Plate telah disumbangkan dan diedarkan kepada mahasiswa/wi UniSHAMS yang terkandas dan tidak dapat pulang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini serta petugas UniSHAMS. Mahasiswa/wi UniSHAMS yang ditemui hari ini, rata-rata melahirkan rasa syukur dan gembira dengan bantuan yang diterima hari ini. 

    Turut hadir bersama, Dr Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta kakitangan dan petugas UniSHAMS. Naib Canselor UniSHAMS ketika ditemui, turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas keperihatinan semua pihak yang sudi menghulurkan sumbangan dan bantuan dalam membantu pihak UniSHAMS mengharungi Pandemik Covid 19.

    Walaupun situasi semasa telah memberikan petunjuk yang positif dengan penurunan kadar kes jangkitan baharu Covid 19, namun pihak UniSHAMS terus komited dalam memastikan keadaan mahasiswa/wi berada dalam keadaan yang selamat dan sentiasa patuh dengan arahan PKP.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan