PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA UniSHAMS- YaPEIM
Objektif perbincangan ini adalah untuk merangka kolaborasi program yang bersesuaian bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran mahasiswa UniSHAMS serta menjadikan bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya yang terbaik. Beberapa program latihan dan kursus jangka masa pendek yang berkaitan turut dibincangkan sebagai persediaan ke arah program kolaborasi ini.
YBhg. Prof. Dr Shamsul Jamili Yeob, Naib Canselor UniSHAMS telah mempengerusikan sesi perbincangan ini yang turut dihadiri oleh Dr Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, En. Mohd Shahid Azim Mohd Saufi, Pengarah Pusat Pengajian Sepanjang Hayat & Pengantarabangsaan serta Puan Rushda Hadzira Ismail selaku Ketua Unit Keusahawanan.
Semoga perbincangan awal ini akan dapat membawa kepada jalinan kerjasama yang baik dan kukuh di antara kedua belah pihak di dalam usaha untuk membudayakan bidang keusahawanan di kalangan mahasiswa UniSHAMS.