Skip to main content

PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA UniSHAMS- UniSZA SEBAGAI USAHA MENGHIJAUKAN KAWASAN LAPANG UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    28 Jun 2020, Kuala Ketil - UniSHAMS menerima kunjungan mesra wakil Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu iaitu Prof. Madya Dr Fakhrul Anwar Zainol selaku Pengarah Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan dan Pengkomersialan bagi membincangkan cadangan dan inisiatif untuk menghijaukan kawasan lapang UniSHAMS. YBhg. Prof. Dr Shamsul Jamili Yeob, Naib Canselor UniSHAMS telah mempengerusikan sesi perbincangan ini yang turut dihadiri barisan Pengurusan Tertinggi serta Ketua-Ketua Pengarah dan Unit UniSHAMS yang berkaitan.

    Pada sesi pembentangan tersebut, UniSZA telah memperkenalkan produk Melon Manis Terengganu (MMT), antara ikon agropreneur Terengganu yang berupaya menjana ekonomi kepada Universiti. Objektif sesi perbincangan ini adalah untuk mengemukakan cadangan pelaksanaan program agropreneur yang dilihat mampu untuk menghijaukan kawasan UniSHAMS serta menjadi platform latihan untuk mahasiswa UniSHAMS dalam menjadikan bidang keusahawanan agro sebagai salah satu pilihan kerjaya berpotensi tinggi untuk diceburi.

    Pihak UniSZA turut berkongsi pelbagai cadangan dan kaedah pelaksanaan untuk pihak UniSHAMS menceburi bidang agropreneur serta menjalinkan kerjasama strategik antara kedua belah pihak. Semoga jaringan kerjasama ini akan dapat membantu mempertingkatkan kebolehpasaran graduan UniSHAMS menerusi kaedah intergrasi ilmu pelbagai bidang.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan