Skip to main content

BKS SALURKAN BANTUAN PRIHATIN

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL, 7 Disember 2020 - Badan Kebajikan Staf (BKS) UniSHAMS hari ini telah menyalurkan Bantuan Prihatin BKS kepada Encik Mohamad Hanafi Masri, Penolong Pendaftar di Bahagian Pemasaran, Jaringan Industri & Komuniti (BPJIK) UniSHAMS yang telah diserang Angin Ahmar dan Darah Tinggi pada 21 Oktober 2020. 
     
    Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengerusi BKS UniSHAMS, Tuan Haji Mohamad Sayuthi Haji Sanusi. Sumbangan berbentuk wang tunai ini adalah hasil kutipan dan sumbangan daripada kakitangan UniSHAMS dalam usaha untuk membantu meringankan bebanan kos rawatan susulan dan perubatan.
     
    Seluruh warga UniSHAMS mendokan agar Encik Muhammad Hanafi Masri dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang terbaik.
     

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan