Skip to main content

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL, 22 Disember 2020 - Universiti Islam Antarabangsa Sulatan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat sempena Sambutan Jubli Perak yang telah berlangsung di Dewan Tunku Permaisuri Hajah Haminah, Kuala Ketil, Kedah Darul Aman. Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat ini telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhd Thoriq Asshiddiq Che Ahmad dan Al Fadhil Ustaz Mohd Affif Othman, kedua-duanya merupakan Pensyarah dari Kulliyyah Usuluddin & Sains Al-Quran, UniSHAMS.

    Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja UniSHAMS di atas sumbangan, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan, dalam usaha untuk memartabatkan institusi ini di peringkat antarabangsa serta berdiri teguh setanding Universiti-Universiti terkemuka seperti Universiti Al Azhar, Mesir.

    Turut hadir dalam majlis penuh bersejarah ini bagi meraikan ulang tahun ke-25 operasi INSANIAH-KUIN-UniSHAMS ini adalah Yang Berbahagia Prof. Madya Dr Wan Nazjmi Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd. Zaini Haji Ramli, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri dan Tuan Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar, Pendaftar UniSHAMS serta tetamu jemputan yang terdiri dari Imam-Imam masjid dan Pengetua sekolah di sekitar kawasan Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.

    Selamat menyambut ulang tahun ke-25 UniSHAMS dan semoga UniSHAMS terus gemilang.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan