Skip to main content

KUNJUNGAN MAHABBAH WAZAN UPM KE UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL: 10 Januari 2021 – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) telah menerima kunjungan mahabbah Wakaf dan Zakat Endownment (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM). Delegasi WAZAN diketuai oleh Yang Berbahagia Dr. Razali Othman, Pengarah WAZAN dan diiringi beberapa orang wakil pegawai WAZAN telah disambut oleh Yang Berusaha Tuan Haji Fahmi Omar, Pendaftar UniSHAMS serta pegawai UniSHAMS.

    Satu sesi perbincangan telah diadakan dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Wan Najzmi Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa. Turut hadir bersama dalam sesi perbincangan tersebut adalah Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Zaini Haji Ramli, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri dan Dr. Akli Ahmad, Dekan Kulliyyah Syariah & Undang-Undang, UniSHAMS.

    Pihak UniSHAMS merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian pihak WAZAN, UPM mengadakan kunjungan mahabbah ke UniSHAMS dan berharap akan jaringan kerjasama baik ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang, demi manfaat dan maslahah bersama.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan