Skip to main content

RAMAH MESRA NAIB CANSELOR BERSAMA PEGAWAI UNISHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    16 Mac 2021, KUALA KETIL - Majlis ramah mesra Naib Canselor bersama pegawai Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) anjuran Pejabat Pendaftar telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah.
     
    Majlis ini, telah dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan Tahlil ringkas sebagai memperingati sumbangan tenaga pengajar serta kakitangan UniSHAMS yang telah pun kembali ke Rahmatullah. 
     
    Majlis ramah mesra ini adalah majlis julung kali diadakan sejak pelantikan rasmi Yang Berbahagia Prof. Dr Asmadi Mohamed Naim sebagai Naib Canselor UniSHAMS pada 21 Februari 2021. Yang Berbahagia Naib Canselor dalam ucapan beliau, turut menyeru semua warga UniSHAMS agar terus komited dalam membantu pengurusan universiti mencapai kecemerlangan, menerusi pemerkasaan lima tonggak utama iaitu; Kelestarian Kewangan, Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan Pelajar, Kelestarian Institusi dan Tadbir Urus Yang Baik. Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa UniSHAMS akan dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, menerusi beberapa perubahan dan pembangunan secara komprehensif dan strategik.
     
    Majlis ini diakhiri dengan jamuan ringkas dengan pemantauan rapi dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. 

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan