Skip to main content

SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL, 22 Mac 2021 – Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) UniSHAMS yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna, UniSHAMS.
     

    Seminar ini diadakan bagi tujuan pendedahan dan penerangan berkaitan “Akta 514: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Malaysia, “Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan”; Peranan Majikan dan Pekerja dan Perbincangan “Hazard Analysis Risk Identification Risk Control (HIRARC) & Analisa Kerja Selamat / Job Safety Analysis (JSA) kepada wakil majikan dan pekerja UniSHAMS. Sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Abu Husin Haji Sulaiman, Pegawai JKKP Kedah.

    Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Zaini Haji Ramli, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri, UniSHAMS. Seramai 32 orang peserta telah menyertai program ini dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan