Skip to main content

BENGKEL PENINGKATAN KUALITI GPI (KSSM): PENGURUSAN HARTA SELEPAS KEMATIAN NEGERI KEDAH 2021

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL, 23 Mac 2021 -  Bangkel Pengurusan Harta Selepas Kematian Peringkat Negeri Kedah anjuran Unit Perancangan & Pembangunan Pendidikan Islam SPI, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dengan kerjasama Kulliyyah Syariah & Undang-Undang , Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) yang telah berlangsung secara atas talian.

    Penyelesaian pembahagian harta pusaka bukan setakat memahami dan mengetahui bahagian Faraid semata-mata tetapi ianya juga merangkumi soal teknikal pengurusan dan peruntukan undang-undang telah digariskan. Kedua-duanya elemen ini amat penting dalam menyelesaikan isu berkaitan pengurusan pembahagian harta pusaka.

    Bangkel ini juga bertujuan untuk membetulkan salah faham masyarakat dan pemurnian  berkaitan konsep sebenar pembahagian harta serta kaedah mengurus dan mengagihkan harta pusaka dengan betul dan sempurna. Bangkel yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fauzi Md Thahir, Pensyarah Kulliyyah Syariah & Undang-Undang, UniSHAMS. 

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan