BENGKEL PEMURNIAN PERJAWATAN DAN PELANTIKAN DI UniSHAMS
| PRO UniSHAMS | Berita
Alor Setar, 31 Mac 2021 - Bengkel Pemurnian Perjawatan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) anjuran Pejabat Pendaftar telah melabuhkan tirainya dengan jayanya di RAIA Hotel & Convention Center.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini, bermula pada 30 hingga 31 Mac 2021, melibatkan penyertaan lebih 30 orang kakitangan yang terdiri dari Ahli Pengurusan Eksekutif serta wakil kakitangan akademik dan pentadbiran UniSHAMS.
Bengkel bertujuan memurnikan hal berkaitan perjawatan di UniSHAMS serta membincangkan carta organisasi dan carta perjawatan sedia ada yang perlu diselaraskan semula supaya UniSHAMS tampil sebagai organisasi yang lebih mantap terutamanya dengan bimbingan Naib Canselor yang baru.
Majlis perasmian Bengkel Pemurnian Perjawatan UniSHAMS telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS.