Kunjungan Kerja Unit Perancangan Strategi Institusi, UniSHAMS Ke UUM
Kunjungan bertujuan mendalami dengan lebih lanjut sistem yang digunapakai oleh IPQ dalam penyediaan pelan strategik dan memantau pelaksanaan pelan tersebut yang akan memacu daya saing universiti serta mendalami lebih lanjut berkaitan fungsi Jabatan Canselori universiti.
Delegasi Unit PSI diketuai oleh Dr. Syahiza Arsad, Ketua Unit PSI dan disertai oleh Encik Muhammad Shahrizan Shahrudin, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat; Puan Hadijah Johari, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti; Puan Nor Azmawati Abd. Aziz, Pegawai Undang-Undang; Puan Norisah Abdul Samad, Penolong Pegawai Tadbir Unit PSI dan Cik Siti Najihah Razman, Pembantu Tadbir Unit PSI.
Sesi kunjungan yang pertama bersama pihak IPQ pembentangan berkaitan penyediaan pelan strategik universiti. Pihak Unit PSI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Dr. Sany Sanuri Mohd. Mokhtar selaku Pengarah IPQ; Prof. Madya Dr. Azham Hussain, Timbalan Pengarah Perancangan Korporat dan Prof. Madya Dr. Natrah Saad, Pengurus Pelan Strategik yang banyak berkongsi pendapat berkaitan kaedah sistem yang digunapakai. Dan seterusnya sesi kunjungan kedua bersama Pengarah Jabatan Canselori, Encik Mohd. Zamri Ahmad bersama-sama Tuan Haji Mohd. Fairus Abdul Majid, Pengarah Perhubungan Korporat dan Encik Akmal Ahlami Md. Rozai, Ketua Pengurusan Acara (Event Management) yang mengadakan sesi pembentangan berkaitan fungsi Jabatan Canselori UUM.
Semoga dengan lawatan ini UniSHAMS dapat mempertingkatkan lagi kualiti daya saing universiti selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan UniSHAMS sebagai Cordoba of Kedah.
NAS/unit psi2021