Skip to main content

Lawatan "Benchmark" ke Pusat Kerjasama Universiti~Industri (CUIC), Universiti Utara Malaysia (UUM)

| PRO UniSHAMS | Berita
    Pada 12 April 2021(Isnin) yang lalu, seramai 9 delegasi Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) telah menyertai Lawatan "Benchmark" ke Pusat Kerjasama Universiti~Industri (CUIC), Universiti Utara Malaysia (UUM).
     

    Lawatan tersebut diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi dan Jaringan Industri iaitu, Tuan Haji Mohd. Zaini Haji Ramli, AMK., BCK. Tujuan utama lawatan “Benchmark” ini adalah untuk mendapatkan maklumat serta berkongsi pengalaman dari segi tenaga kerja, dan proses pelaksanaan yang berkaitan di Pusat Kerjasama Universiti~Industri (CUIC).

    Rombongan telah disambut mesra oleh Timbalan Pengarah( Latihan Industri Pelajar & Pembangunan Modal Insan), Dr. Mohd Hilmi Hamzah, Ketua Bahagian (Kerjasama Inovatif-Industri), Dr. Low Kah Choon, Ketua Bahagian (Pembanguan Modal Insan), Dr. Fikriyah Abdullah, Ketua Bahagian (Hal Ehwal Praktikum), Dr. Noranida Mokthsim, Penyelaras (UUM, COB), Dr. Rushanim Hashim, Penyelaras COLGIS, Dr.Nor Rabiatul Adawiyah Nor Azam. Sepanjang lawatan tersebut, taklimat telah diberikan berkenaan latar belakang CUIC dan berkongsi tips mengenai peluang jaringan yang telah dilaksanakan oleh pihak CUIC.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan