Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN KETUA-KETUA PENTADBIRAN KULLIYYAH, PUSAT & BAHAGIAN 2021-2022

| PRO UniSHAMS | Berita

    Pada 01 Jun 2021, satu majlis penyerahan watikah pelantikan bagi ketua-ketua KPB telah diadakan secara dalam talian via google meet.

    YBhg. Profesor Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UniSHAMS), Prof. Dr. Asmadi Mohd Naim telah membentangkan amanat dan halatuju serta sasaran KPI untuk dicapai oleh semua Ketua KPB bagi tahun ini dan tahun hadapan, sebelum sesi penyerahan berlangsung. Turut diketengahkan adalah pengenalan kepada lmu kepimpinan serta kerjasama kepimpinan menurut Islam kepada semua barisan kepimpinan KPB yang baharu dilantik sebagai suntikan semangat dan panduan dalam menjalankan amanah yang telah diberikan.

    Seramai 64 orang pegawai telah menerima watikah mereka dalam majlis anjuran Pejabat Pendaftar tersebut.

    Pengurusan Universiti ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANKAN AMANAH KEPEMIMPINAN DENGAN CEMERLANG! Tidak lupa ucapan TERIMA KASIH kepada mantan ketua-ketua KPB UniSHAMS yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini.

    Semoga Allah SWT berkati kita dan organisasi kita, Aamiin.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan