Skip to main content

PERJUMPAAN BERSAMA NAIB CANSELOR, PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

| PRO UniSHAMS | Berita
    Isnin, 14.06.2021: Hasrat untuk merealisasikan agenda Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman untuk menjadi Cordoba of Kedah semakin menampakkan hasil apabila Yang Berbahagia Naib Canselor Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed Naim telah mengadakan satu perjumpaan bersama dengan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) Gred 41 dan ke atas melalui aplikasi atas talian Google Meet.

    Di awal sesi perjumpaan ini, Yang Berbahagia Naib Canselor telah memperkenalkan Bendahari yang baharu dilantik iaitu Puan Molyna binti Annuar kepada semua pegawai yang menyertai perjumpaan ini. Antara agenda perbincangan adalah mengenai target untuk menaikkan bintang penarafan bagi penilaian Setara dan Myra. Penarafan yang lebih baik akan meletakkan UniSHAMS setaraf dengan universiti-universiti lain di peringkat nasional.

    Yang Berbahagia Naib Canselor membentangkan bidang tugas seorang pegawai tadbir yang mana tidak boleh bertindan dengan tugas pegawai akademik kerana tugas pegawai tadbir mestilah seiring dengan kehendak universiti dalam mencapai objektif, visi dan misi UniSHAMS. Perjumpaan ini juga dihadiri oleh semua ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE).

    Tambahan lagi, dalam perjumpaan ini juga diterangkan mengenai cabaran yang mesti dihadapi oleh seorang pegawai tadbir dalam organisasi. Seramai 30 orang staf pentadbiran telah menghadiri perjumpaan ini dan diharapkan semoga dengan penyampaian Yang Berbahagia Naib Canselor ini dapat membakar semangat semua pegawai untuk terus berkhidmat dengan penuh komited dan cemerlang demi UniSHAMS yang dicintai. 
     
     
     
     

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan