Skip to main content

PROGRAM FINISHING SCHOOL

| PRO UniSHAMS | Berita
    Program Finishing School ini bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa UniSHAMS tahun akhir khususnya bagi membuat persiapan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.  Program kolaborasi bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kementerian Sumber Manusia dalam memberikan input kerjaya disamping kemudahan yang disediakan oleh pihak PERKESO melalui MyFutureJobs.  

    MyFutureJobs menyediakan platform kepada bakal graduan bagi membolehkan padanan peluang pekerjaan yang bersesuaian kepada mahasiswa dari pelbagai peringkat jawatan dan mengikut kelayakan.  Bersesuaian dengan situasi pendemik semasa, turut dibentangkan perkongsian mengenai cara temuduga  dan penulisan resume versi terkini diperkenalkan dalam membantu pelajar memberikan idea dan gambaran kreatif dalam setiap permohonan.  

    Program ini telah berlangsung pada 16 - 17 Julai 2021. Penyertaan seramai 665 orang pelajar dari pelbagai kulliyyah dan pusat pengajian.  Program di Bawah Unit Kaunseling & Bimbingan Kerjaya , Pusat hal Ehwal Pelajar dan  UniSHAMS Counseling Society (UniCS) ini akan diteruskan dalam memberi motivasi dan bimbingan kepad pelajar UniSHAMS sekali gus memantapkan emosi  dan keharmonian jiwa pelajar.  
     
     

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan