Skip to main content

AHLI PARLIMEN BALING CERIAKAN PETUGAS DAN PENERIMA VAKSIN

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL : Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) menerima lawatan mengejut daripada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim yang datang untuk melihat sendiri PPV UniSHAMS yang telah mula beroperasi sejak seminggu yang lalu. 

    Kehadiran beliau disambut Dr. Rohani binti Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pegawai  Komunikasi Korporat UniSHAMS dan Pegawai Kesihatan yang bertugas. Selain sedikit penerangan ringkas, beliau juga diberikan sedikit maklum balas tetang beberapa maklumat tentang operasi PPV ini.

    “Saya berharap agar PPV di UniSHAMS ini dapat beroperasi sebagaimana yang dirancang dan pada masa yang sama memastikan setiap masalah yang mungkin berlaku dapat diatasi dengan baik”, katanya. 

    Lawatan beliau pada pagi ini telah menceriakan sukarelawan MyVac yang bertugas dengan sumbangan makanan KFC dan kesemua penerima vaksin yang hadir pada hari ini disediakan sarapan pagi percuma. Sumbangan ini sedikit sebanyak memberi motivasi terutama kepada petugas yang bertungkus lumus memastikan semua yang dirancang berjalan dengan lancar.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan