Skip to main content

MAJLIS BACAAN YAASIN PERDANA SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-64

| PRO UniSHAMS | Berita

    Malaysia Prihatin | UniSHAMS Prihatin

    31 Ogos 2021 - Program Bacaan Yaasin Perdana Sempena Hari Kebangsaan Ke-64 bertemakan Malaysia Prihatin anjuran Pusat Ko-Kurikulum UniSHAMS telah berlangsung dengan jayanya. Program yang dijalankan secara dalam talian ini bertujuan mendekatkan hati seluruh warga Staf Pusat Ko-Kurikulum, Jurulatih bersama mahasiswa khususnya dalam menghayati Al-Quran serta boleh dianggap satu kempen dalam memerdekakan diri, agama, bangsa dan negara.

    Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Rohani binti Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UniSHAMS. Katanya lagi, adalah diharapkan semoga warga staf Pusat Ko-Kurikulum dan mahasiswa berazam untuk membudayakan Al-Quran dan Sunnah dalam diri pelajar serta sentiasa berdoa untuk kesejahteraan negara Malaysia agar negara kita bebas daripada pandemik COVID-19 dan kembali kepada rutin norma yang lebih baik berbanding sekarang.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan